awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila

Bernama
Bernama
26/09/2020
04:41 MYT
Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila
Kehadiran Musa dikawal ketat pasukan keselamatannya. - Facebook musaamanofficial
Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Manila, dekat sini, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila pada jam 11.04 pagi tadi.
Musa, yang tidak mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, tiba di pusat mengundi berkenaan tepat jam 11 pagi dengan diiringi sepasukan anggota keselamatannya.
Setibanya di sana, petugas SPR mengimbas suhu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu sebelum dibenarkan memasuki perkarangan pusat mengundi selepas didapati tidak bergejala.
Beliau sempat beramah mesra dengan para pengundi yang teruja menemuinya.
"Sudah mengundi?... Alhamdulillah. Jaga diri ya," antara pesanan Musa kepada pengundi yang menyapanya.
Walaupun dikawal ketat pasukan keselamatannya, Musa sempat menunaikan permintaan media yang ingin mengambil foto jari telunjuknya bercalit dakwat kekal, sebelum ke kenderaannya.
DUN Sungai Manila menyaksikan persaingan enam penjuru masing-masing daripada calon Barisan Nasional (BN) Mokran Ingkat; Mahmud Sudin (Warisan); M D Anuar MA Yusuf (Parti Liberal Demokratik); Sahidzan Ag Salleh (Parti Cinta Sabah); Mohd Arshad Abdul (Parti Perpaduan Rakyat Sabah); dan K Zulkipli @ K Zulkifli Harrith (Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu).
DUN baharu itu mempunyai seramai 12,761 pengundi berdaftar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dakwat kekal
#DUN Sungai Manila
#Musa Aman
#pasukan keselamatan
#pengundi
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#SK Sungai Manila
#UMNO Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan