Sabah yakin dapat mengekalkan kemenangan di tangan Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata sepanjang kempen dan jelajah beliau ke seluruh negeri sambutan yang diterima rakyat Sabah terhadap BN amat positif.

Musa yang juga pengerusi BN Sabah berkata sokongan itu menambahkan lagi keyakinan BN untuk meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ini.

Beliau ditemui ketika berucap pada sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Kota Belud.

Bertemakan "Mengekalkan Muhibah dan Persefahaman Menerusi Kaamatan" sambutan itu bertujuan memupuk perpaduan antara kepelbagaian etnik di Sabah.

Tambah Musa, pesta itu akan diteruskan setiap tahun berikutan keunikan sambutan kebudayaan itu yang juga mampu menarik pelancong luar ke negeri itu.