awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musa minta ESSCom, PDRM usaha sedaya upaya kesan mangsa culik

Bernama
Bernama
02/04/2016
13:47 MYT
Musa minta ESSCom, PDRM usaha sedaya upaya kesan mangsa culik
MUSA: Kita juga perlu bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha sedaya upaya mengesan mereka yang terlibat dalam insiden penculikan di Pulau Ligitan, petang semalam.
Musa berkata pihak ESSCom dan PDRM perlu bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan Filipina bagi tujuan berkenaan.
"Pasukan keselamatan dan ESSCom perlu bekerja sedaya upaya...kita juga perlu bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Walk For Autisme 2016 di sini hari ini.
Seramai 500 peserta menyertai program berjalan kaki berkenaan di Kota Kinabalu.
Program berjalan serentak di empat daerah itu hari ini disertai masing-masing 500 orang di Sandakan dan Tawau, 200 orang di Kota Marudu.
Polis Sabah hari ini mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, kira-kira 6.15 petang, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata yang diculik itu berumur 21 hingga 34 tahun merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.
Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21. Lima individu lain yang terdiri daripada warga Myanmar dan Indonesia dilepaskan oleh penculik.
Mengenai program berkenaan Musa memuji usaha Persatuan Child Sabah menganjurkan program itu yang dianggapnya amat baik untuk menimbulkan kesedaran orang awam berkenaan Autisme di samping mengutip dana untuk membantu persatuan melaksanakan pelbagai aktiviti.
Pada majlis berkenaan, Musa turut mengumumkan bantuan kerajaan negeri Sabah sebanyak RM50,000 untuk mengisi dana persatuan berkenaan.
Menurut Musa, beliau juga difahamkan bahawa ada syarikat swasta juga sudah menyatakan kesediaannya untuk turut menyumbang RM50,000.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#kawalan keselamatan Sabah
#keselamatan
#Musa Aman
#perairan Sabah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan