PUTRAJAYA: Penerbitan Al-Quran Mushaf al-Huffaz oleh Yayasan Restu bakal membantu golongan hafiz atau huffaz menghafal ayat-ayat suci itu dengan lebih sistematik dan mudah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Berucap ketika melancarkan penerbitan Mushaf al-Huffaz di Kompleks Nasyrul Quran di sini semalam, Ahmad Zahid berkata penerbitan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pelajar maahad tahfiz di negara ini.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al-Falah akan membeli 50,000 naskah mushaf itu untuk diedarkan ke maahad tahfiz di seluruh negara.
"Jadi insya-Allah, pertengahan bulan Ramadan ini akan terbit dan diedarkan Mushaf al-Huffaz di seluruh maahad tahfiz...pelajar huffaz akan dimudahkan untuk mengingati ayat (al-Quran)," katanya.
Mushaf al-Huffaz menggabungkan beberapa kaedah hafazan serta ulangan, bertepatan dengan tujuan penerbitannya iaitu untuk membantu memudahkan proses hafazan dan ulangan ayat al-Quran yang telah dihafaz.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata masyarakat Islam digalakkan untuk mewakafkan al-Quran dalam usaha pembudayaan kitab suci itu.
"Eloklah persiapan kita untuk wakaf al-Quran dan juga Mushaf al-Huffaz dimulakan sekarang dengan tujuan mewujudkan kesedaran awam. Allah tidak akan memiskinkan mana-mana orang mewakaf, menderma atau infaq," katanya.
Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Ahmad Zahid melancarkan Pelaksanaan Mushaf Al-Huffaz pada Majlis Perasmian Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, semalam. --fotoBERNAMA
Kim Swee mahu terus bersama Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee kekal memilih Sabah FC sebagai pilihan utama untuk meneruskan tugasnya sebagai pengendali skuad itu pada musim akan datang.
Malaysia-Bahrain kongsi pengalaman pengurusan pengairan dan teknologi pertanian
Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan Bahrain mengenai pengurusan pengairan dan saliran serta berharap dapat bekerjasama dengan negara itu berkaitan teknologi penggunaan air kitar semula.
Pelan Tindakan Udara Bersih bakal dimuktamadkan bagi menangani isu kualiti udara
Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan 2025-2040 (NCAAP) yang bertujuan menangani cabaran berkaitan kualiti udara di negara ini.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Naik taraf Terminal 1 Seremban pemangkin sosioekonomi pusat bandar
Terminal 1 akan muncul dengan wajah baharu lebih moden bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan sosioekonomi di pusat bandar Seremban.
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.
Sungai Yamuna di India terus tercemar dengan kumbahan
Sungai Yamuna di India, salah satu sungai yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu, terus dicemari dengan buih toksik yang timbul di permukaannya.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Mushaf al-Huffaz bantu golongan hafiz menghafal dengan sistematik
Ahmad Zahid berkata penerbitan Al-Quran Mushaf al-Huffaz akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pelajar maahad tahfiz di negara ini.