awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes campak di Australia hampir tiga kali ganda berbanding 2024

Bernama
Bernama
22/12/2025
14:15 MYT
Kes campak di Australia hampir tiga kali ganda berbanding 2024
Walaupun vaksin yang berkesan tersedia, kira-kira 95,000 kematian berkaitan campak dilaporkan di seluruh dunia pada 2024, kebanyakannya melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang tidak atau kurang menerima vaksin. - Gambar fail/AP
ANKARA: Jumlah kes campak di Australia meningkat hampir tiga kali ganda pada 2025 berbanding tahun lalu, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan ABC News pada Isnin.
Australia merekodkan 168 kes campak setakat tahun ini, meningkat daripada 57 kes yang dilaporkan pada 2024.
Peningkatan itu berlaku ketika kira-kira 59 negara di seluruh dunia mengalami wabak campak pada 2024.
Australia mencatat 26 kes campak pada 2023 dan tujuh kes pada 2022, manakala tiada kes dilaporkan pada 2021.
Negara itu diisytiharkan bebas campak pada 2014, namun jumlah kes kembali meningkat pada 2019 dengan 284 kes direkodkan.
Walaupun vaksin yang berkesan tersedia, kira-kira 95,000 kematian berkaitan campak dilaporkan di seluruh dunia pada 2024, kebanyakannya melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang tidak atau kurang menerima vaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes campak
#Australia
#tiga kali ganda
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan