awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim tengkujuh: JKNK kenal pasti lebih 40 fasiliti kesihatan berisiko banjir di Kelantan

Bernama
Bernama
21/10/2023
07:04 MYT
Musim tengkujuh: JKNK kenal pasti lebih 40 fasiliti kesihatan berisiko banjir di Kelantan
Nadma diperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi persiapan menghadapi banjir bagi memastikan kelancaran persediaan menghadapi bencana itu hujung tahun ini. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengenal pasti lebih 40 fasiliti kesihatan negeri berisiko mengalami banjir pada musim tengkujuh.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata jumlah yang dinyatakan itu berdasarkan pengalaman dan beberapa kejadian banjir sebelum ini yang pernah melanda Kelantan.
"Kita sentiasa bersiap sedia dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerana kejadian bencana ini sesuatu yang tidak boleh dijangka di kawasan mana sebab banyak faktor yang boleh berlaku banjir seperti saliran, pembangunan dan sebagainya.
"Pengalaman berdepan banjir sebelum ini banyak mengajar kita beberapa perkara dan perlu bersiap siaga dari semasa ke semasa dari segi pasukan kesihatan dan logistik di fasiliti kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan 'Asia Pacific Cardiology Update 2023 (APCU) kali ke-14, di sini hari ini.
Dr Zaini berkata JKNK juga mengenal pasti kawasan fasiliti kesihatan yang sesuai sekiranya perlu membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera dan berterusan seperti pesakit buah pinggang dan ibu yang hampir bersalin.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi persiapan menghadapi banjir bagi memastikan kelancaran persediaan menghadapi bencana itu hujung tahun ini.
Beliau berkata kerajaan juga bersetuju meningkatkan peruntukan di bawah Tabung Bantuan Bencana Negara tahun hadapan kepada RM200 juta berbanding RM100 juta tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKNK
#Kelantan
#banjir
#fasiliti kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan