awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustafa Ali enggan ulas isu Karpal Singh

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
19/11/2013
11:18 MYT
Mustafa Ali enggan ulas isu Karpal Singh
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas mengenai pendirian rasmi PAS berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar parti politik berasaskan agama dan bangsa dibatalkan pendaftaran biarpun didesak berulang kali oleh wartawan.
Walaupun Dewan Pemuda dan Muslimat PAS menuntut agar Karpal memohon maaf, namun Mustafa sebaliknya menegaskan kedua-dua dewan tersebut mempunyai hak untuk menyatakan pendirian mereka.
"Tak apa, itu semua wakil PAS. Pemuda pun wakil PAS, Muslimat pun PAS, itu wakillah itu. Suaralah itu.
"Pandangan rasmi adalah daripada pandangan PAS Pusat. Itu pun, rasmi juga, daripada (Dewan) masing-masing," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat di sini hari ini.
Ditanya sama ada PAS mahu supaya Karpal memohon maaf, Mustafa menjelaskan isu masih berlangsung dan mahu melihat perkembangannya terlebih dahulu.
"Orang ini kata macam ini, orang ini jawab. Masa (ini) tengah jawab tak ada keputusan lagi," katanya.
Baru-baru ini Karpal mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.
Beliau berkata, cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Mustafa Ali
#Karpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan