awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustahil boikot semua produk Israel - PPIM

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
14/07/2014
06:10 MYT
Mustahil boikot semua produk Israel - PPIM
NADZIM: Ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza
Usaha memboikot produk Yahudi dilihat hanya perlu dipraktikkan kepada syarikat tertentu yang memberi sumbangan kepada tabung perang Israel.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil direalisasikan.
"Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang tidak menyumbang terhadap dana perang Israel," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Nadzim mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, tindakan memboikot barangan dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.
Jelasnya, tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.
Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.
Dalam pada itu, kata Nadzim, keupayaan masyarakat untuk menyekat pembelian produk Yahudi juga dilihat sukar.
"Bagaimanapun kesedaran itu sebenarnya sudah ada di kebanyakan negara, bantahan juga sudah dilihat secara terang-terangan termasuk negara bukan Islam.
"Namun kita lihat dan sedar jika melawan, ia umpama menentang kuasa besar Amerika Syarikat," ujarnya.
Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus bersatu dan memastikan langkah boikot dilakukan selepas mengkaji latar belakang produk berkenaan.
Tambahnya, seperti di PPIM, hanya empat produk diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's.
"Kita kenal pasti hasil jualan produk-produk ini menyumbang kepada tabung Yahudi.
"Rakyat juga tidak mati jika tidak menggunakan empat produk ini. Banyak lagi pengganti jenama produk ini jika ia diboikot," katanya.
Ujarnya, langkah untuk memboikot barangan keluaran Yahudi dan AS itu perlu berterusan dan bukan hanya semasa berlaku peperangan semata-mata.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Palestin
#PPIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan