Skip to main content

Malaysia

Mustapa tidak pernah dipanggil untuk beri keterangan - SPRM

51537442265_AZAMBAKI.jpg
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak pernah dipanggil untuk beri keterangan berhubung dana yang diterima untuk parti.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menegaskan tiada sebarang siasatan dibuat ke atasnya.

“Datuk Mustapa? Tidak,” jawab Azam ringkas ketika ditanya wartawan menegnainya di pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini beberapa ahli UMNO mendakwa Mustapa meninggalkan parti itu selepas disiasat SPRM.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa juga membuat dakwaan bahawa Mustapa  disiasat polis berhubung satu dana politik.

BACA: Mustapa Mohamed umum keluar UMNO

Advertisement

Must Watch Video