awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mutasi ganas berkemungkinan dari strain B - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/04/2020
09:38 MYT
Mutasi ganas berkemungkinan dari strain B - Dr Noor Hisham
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata adalah penting untuk Malaysia mengadakan kerjasama erat antara negara-negara lain bagi menjalankan kajian berhubung perkara tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu strain mutasi yang dikesan bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain berkemungkinan berasal dari strain B.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dikesan selepas proses kultur dilakukan ke atas virus tersebut.
Bagaimanapun, katanya perkara tersebut masih di peringkat awal dan penyelidikan lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti strain mutasi virus tersebut.
"Kita dapati virus tersebut adalah dari strain B. Dalam strain B itu ada mutasi dia, jadi kita kena lihat strain B bermutasi dengan virus berkenaan dan kita kena bandingkan juga, ia masih dalam peringkat awal kajian untuk penyelidikan kita.
"Jadi, sekarang ini kita telah nasihatkan IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk menjalankan lebih banyak lagi pengasingan virus dan kultur tersebut supaya kita dapat kenal pasti virus tersebut dari gelombang pertama, gelombang kedua atau dari pesakit yang positif yang datang dari negara lain, contohnya dari Itali, Iran, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
“Jadi, kalau kita dah dapat senarai virus tersebut dan kita buat kajian, baru kita dapat informasi yang lebih mengenai virus tersebut,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, Dr Noor Hisham berkata strain B berasal dari Wuhan, China, sementara C masing-masing berasal dari Singapura dan Eropah.
Mengulas lanjut beliau berkata, maklumat berhubung virus tersebut masih lagi terhad memandangkan pandemik COVID-19 merupakan virus baharu.
“Jadi, dengan menjalankan penyelidikan iaitu pengendalian dan kita dapat informasi yang terkini iaitu dari segi mutasi dan sebagainya, ini mungkin membantu kita.
“Apa yang penting informasi-informasi yang kita dapat akan disalurkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mereka akan lihat.
“Jadi, untuk kita dokumentasikan novel koronavirus ini iaitu dari segi mutasi; di mana kodonnya dan sebagainya, dan (baharulah) kita boleh kenal pasti corak dan juga identiti virus tersebut,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata adalah penting untuk Malaysia mengadakan kerjasama erat antara negara-negara lain bagi menjalankan kajian berhubung perkara tersebut.
BACA: COVID-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu - Dr Noor Hisham
Semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan kajian yang dijalankan oleh KKM telah mengesan satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.
Jelas beliau, ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Mutasi ganas
#Noor Hisham Abdullah
#perubatan
#Strain B mutasi ganas
#Strain C
#United Kingdom
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan