Crush.jpg

Tahniah buat Yuna atas kerjayaan single terbarunya, ‘Crush’ yang berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Usher. Malah, sebelum ini Yuna telah memuat naik beberapa video sebalik tabir pembikinan muzik video dan teaser single ini di laman Instagram miliknya. Pengambaran muzik video ini dirakam di City Hall, Los Angeles.
Keseluruhan konsep video klip ini mengunakan elemen hitam putih sebagai tema utama. Baru sahaja dilancarkan pada 26 April 2016, tonton sudah mencecah 159,003. Malah peminat Yuna, memberi komen yang positif mengenai muzik video “Crush”.
Kilp video berdurasi 4 minit 11 saat ini ternyata berjaya mencuri hati peminat Yuna di seluruh dunia. ‘Crush’ dilancarkan pada Februari dan single ini terdapat di dalam album terbaru Yuna ‘Chapters’ untuk dipasarkan pada Mei ini.