Penglibatan orang dalam atau perbuatan khianat merupakan aspek yang masih lagi dalam siasatan polis berhubung kes kebakaran yang melibatkan 10 patung lilin di muzium lilin The Red Carpet, i-City di Shah Alam pada Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan tersebut kini telah dihantar kepada pihaknya untuk dianalisis.
“Kita pun sedang menyiasat apa sebenarnya yang sedang berlaku di tenpat tersebut dan kita akan meneliti kedua-dua teori samada masalah ini berpunca dari masalah dalam atau satu perbuatan sabotaj dari luar ,” katanya.
Persoalan kini timbul bagaimana suspek mampu berada dalam kawasan i-City meskipun tempat tersebut telah pun ditutup selepas waktu operasinya berakhirnya.
“Kawalan di kawasan tersebut agak ketat tetapi kita tertanya bagaimana suspek-suspek tersebut mampu masuk ke dalam kawasan tersebut. Buat masa sekarang ini, kita masih belum lagi mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu,”.
Kejadian tersebut disiasat dibawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat ke atas bangunan.
Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu, rakaman CCTV berjaya merakamkan tiga individu menceroboh masuk ke kawasan muzium lilin itu dan kemudiannya membakar beberapa patung-patung lilin ikon antarabangsa seperti bekas Presiden China, Mao Zedong, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman selain bintang selebriti termasuk Jackie Chan.
Suspek dipercayai memasuki muzium tersebut melalui pintu masuk yang sering digunakan oleh pengawal keselematan taman tema tersebut.
Selain merosakkan patung lilin yang dipamerkan disitu kebakaran turut memusnahkan taman tema digital hingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Aizat Sharif
Wed Feb 05 2014

Jiwa SME: Automasi merancakkan perniagaan tembusi pasaran luar negara
Bertam Best, kopi pra campuran, diasaskan 17 tahun lalu dan kini diterajui oleh Mohd Zaki Zakaria. Produk ini kini berjaya menembusi pasaran global termasuk Singapura, Brunei, dan Lubnan, dan merancang untuk memasuki Indonesia, Filipina, dan pasaran Asia Barat.
Data ekonomi Amerika Syarikat akan tentukan kedudukan ringgit minggu ini
Pasar pertukaran asing dijangka berhati-hati minggu ini dengan fokus kepada data penting seperti Laporan NFP AS dan kadar pengangguran. Pakar meramalkan Ringgit berdagang dalam julat RM4.67 hingga RM4.68 berbanding Dolar AS menjelang mesyuarat FOMC.

Setel menghadapi masalah teknikal disebabkan trafik penebusan eMADANI
Pengguna Setel turut terjejas, membuatkan mereka tidak boleh menggunakan perkhidmatan dompet digital berkenaan.
Data & Statistik: Prestasi semasa nilai ringgit Malaysia – 4 Disember 2023

PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus
Beliau yakin skuad Penyu telah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi JDT yang dilihat sebagai pasukan pilihan.
AWANI Ringkas: Pengenalan kepada dasar gaji progresif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IKRM 2022: Realiti kesejahteraan ekonomi rakyat
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan berkenaan laporan IKRM 2022 serta unjuran ekonomi 2024.

eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.

Kerajaan Terengganu sedia insentif khas untuk pelumba cilik negara
Insentif dalam bentuk wang tunai itu akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu depan.

MIA lantik presiden, naib presiden baharu
Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Dis, menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatan berakhir pada 30 Nov.

Qaseh Aulia disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas - Ibu
Punca kematian itu dinyatakan dalam laporan hasil bedah siasat yang diperoleh daripada pakar perubatan forensik PPUM pada Jumaat.

Suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada
Seorang suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada di dalam tandas rumahnya di Taman Vista Kirana, Bukit Katil, Melaka semalam.

Polis buru suspek letak senjata depan rumah Menteri Kehakiman Korea Selatan
Suspek disyaki menggunakan tangga dan laluan yang tidak dapat dilihat oleh CCTV untuk memasuki kawasan rumah menteri itu.

MBSA sedia 445 CCTV pantau kawasan risiko banjir, tapak pelupusan haram
CCTV berkenaan dipasang bagi pemantauan 24 jam dan sebagai persediaan menghadapi banjir di kawasan pentadbiran majlis itu, termasuk 145 CCTV bergerak di kawasan tapak pembuangan sampah haram.

Curi wang tabung masjid, ditahan polis hari sama
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan daripada bilal yang juga ahli jawatankuasa masjid berkenaan, pada Isnin.

Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.

KPWKM rancang kuat kuasa undang-undang pemasangan CCTV di taska
KPWKM dalam perancangan untuk menguatkuasakan undang-undang pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di setiap premis taska berdaftar bagi menangani isu penderaan kanak-kanak.

Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak dikasari penjaga tadika
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikasari penjaga tadika yang videonya tular di media sosial.

Ibu meraung lihat CCTV anak dipukul di taska
Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) tular di aplikasi WhatsApp sejak Rabu memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska di sekitar Kota Kinabalu.

Dua remaja curi duit tabung masjid diberkas polis
Tangkapan ke atas remaja berusia 15 dan 19 tahun itu dilakukan di hadapan sebuah rumah kira-kira jam 6.30 petang.