Semuanya bermula daripada hobi mengumpul mangkuk tingkat lama yang digunakan oleh masyarakat India sehingga diiktiraf sebagai pengumpul paling banyak dalam Malaysia Book of Records.
Bermula daripada hobi itu, pasangan suami isteri J Prakash, 39, dan M Punita kini mempamerkan koleksi antik mereka di Muzium Warisan India, yang menyimpan ratusan jenis artifak yang diguna pakai oleh masyarakat India dahulukala.
Bertempat di Jalan Macalister, muzium yang pertama seumpama itu di Malaysia dibuka pada 1 Mei lepas dan menjadi tarikan baharu pelancong ke Pulau Pinang.
Memasuki muzium itu, pelawat berpeluang melihat 721 jenis barang-barang kegunaan harian, sembahyang dan kerjaya masyarakat India sejak tahun 1800.
"Selepas diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai pengumpul mangkuk tingkat lama yang terbanyak, kami mengembangkan hobi kami dengan mengumpul pelbagai barang kegunaan masyarakat India," kata Prakash kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Prakash yang merupakan pengumpul dan pengurus muzium itu, berkata hampir 85 peratus barang yang dipamer di muzium itu merupakan barang-barang yang diguna pakai oleh masyarakat India di Malaysia dan dibeli dari luar negara.
"Muzium ini dapat membawa pengunjung mengenang semula kehidupan zaman lama selain memberi generasi muda pengetahuan pembelajaran sejarah lama dan penyelidikan," katanya.
Beliau berkata muzium itu ditubuhkan dengan kerjasama Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang yang sudi menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk mempamerkan semua barang artifak itu.
"Sejak dibuka pada Mei lepas, muzium yang dibuka tiga hari seminggu itu telah dikunjungi hampir 1,000 pengunjung setiap bulan," katanya.
Melihat kepada sambutan terhadap muzium itu, Prakash berkata kerja-kerja pembesaran tempat pameran sedang dijalankan supaya lebih banyak koleksi mereka dapat dipamerkan.
"Kini hanya lebih 700 daripada 1,700 koleksi barangan artifak dapat dipamer dalam muzium ini tetapi selepas kerja-kerja menaik taraf, kemungkinan besar semua koleksi kami akan dipamer di sini," katanya.
Beliau berkata waktu operasi muzium itu dijangka akan dilanjutkan selepas kerja-kerja pembesaran muzium yang bakal menawarkan lebih 2,000 kaki persegi ruang pameran itu, siap hujung tahun ini.
Buat masa ini, Muzium Warisan India dibuka setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad dari 10 pagi hingga 4 petang tanpa sebarang bayaran masuk dikenakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
Peralatan gunting rambut antara koleksi kaum India yang dipamerkan di Muzium Warisan India, Jalan Macalister, di George Town, 26 Julai, 2018. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Kediaman umpama galeri vintaj
Ratusan barangan lama dan terpakai termasuk seterika tembaga, pinggan mangkuk, telefon dan koleksi wang menghiasi segenap ruang rumah.
Muzium Warisan India Pertama di M'sia, tarikan baharu di P.Pinang
Bertempat di Jalan Macalister, muzium yang pertama seumpama itu di Malaysia dibuka pada 1 Mei lepas dan menjadi tarikan baharu pelancong ke Pulau Pinang.