SHAH ALAM: Bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap kitab suci al-Quran, Program My #QuranTime dijangka diteruskan kepada siri kedua dalam masa terdekat.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, My #QuranTime 2.0 akan menekankan kefahaman dan elemen hafalan selepas berjaya menguasai asas tajwid dan tadabbur al-Quran.
Husammuddin berkata, My #QuranTime 2.0 akan melibatkan penonton bagi memastikan program berkenaan lebih interaktif.
"Sekarang ini asas tajwid kita sudah perkenalkan, asas tadabbur juga, jadi sekarang kita nak tekankan kepada pemahaman dan hafalan supaya apabila mereka membaca al-Quran, mereka akan cuba membaca sebaik mungkin... baca dengan betul dan menghafal surah pendek itu supaya mereka dapat amalkan dalam solat mereka.
"Apa yang kita harapkan solat mereka itu akan lebih berkualiti, apabila baca surah mereka dengan kefahaman," katanya semasa sidang media Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My # QuranTime 1.0 di Shah Alam pada Selasa.
Berbanding siri 1 yang mengambil masa kira-kira dua tahun setengah untuk selesai, My #QuranTime 2.0 dijangka dilaksanakan antara tujuh hingga lapan tahun.
Justeru, beliau berharap mereka yang mengikuti program itu sejak hampir tiga tahun lalu sudah mendapat kefahaman asas melalui 114 surah atau 604 halaman al-Quran dan bersama-sama menyertai My #QuranTime 2.0 tidak lama lagi.
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 secara fizikal akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini.
Rahimah Abdullah
Tue Sep 27 2022

My #QuranTime 2.0 akan menekankan kefahaman dan elemen hafalan selepas berjaya menguasai asas tajwid dan tadabbur al-Quran. - Gambar hiasan
Kemenangan bukan keangkuhan, tetapi kebijaksanaan Islam - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis pecah tanah pembangunan Masjid Madani mengingkatkan umat Islam kemenangan (mendirikan masjid) bukan kerana keangkuhan tetapi kerana mampu menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam.
PM Anwar juga mengajak umat Islam sentiasa menampilan keperibadian yang baik bukan sifat bengis dan penuh kebencian.
PM Anwar juga mengajak umat Islam sentiasa menampilan keperibadian yang baik bukan sifat bengis dan penuh kebencian.
Masjid Madani simbol kasih sayang untuk semua - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis pecah tanah pembangunan Masjid Madani berkata Masjid Madani melambangkan pembangunan berakal berteraskan akidah Islam, nilai, akhlak, serta kasih sayang merentasi komuniti.
Dakwah berhemah menuntut kebijaksanaan, bukan menghukum atau mengaibkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di negara ini, dalam pembentukan idea, pertelingkahan politik dan kerencaman pandangan kadang-kadang menyebabkan kita mencari permasalahan dengan menghukum, meremeh dan mengaibkan orang lain walhal ajaran Islam bukan begitu.
Katanya, dakwah secara berhemah menuntut kita menggunakan kesabaran, kebijaksanaan, ihsan dan rahmah supaya menarik bangsa lain supaya tidak merasakan ianya satu perseteruan.
Katanya, dakwah secara berhemah menuntut kita menggunakan kesabaran, kebijaksanaan, ihsan dan rahmah supaya menarik bangsa lain supaya tidak merasakan ianya satu perseteruan.

Op Selamat 24: Polis fokus enam kesalahan utama di jalan raya
Enam kesalahan itu termasuk memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit.
Penyelesaian aman, beradab adalah nilai Madani, bukan tanda kelemahan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis pecah tanah pembangunan Masjid Madani berkata mencari penyelesaian baik bukan tanda kelemahan seperti yang disanggah oleh sebahagian kelompok tertentu tetapi penyelesaian dengan cara aman, beradab dan berakhlak itu nilai madani.
"Sebab itu kita memilih menjaga harmoni, berunding dengan baik," katanya.
"Sebab itu kita memilih menjaga harmoni, berunding dengan baik," katanya.

Sistem awanan Oracle Cloud digodam, data 144,000 pelanggan dilapor dicuri
Pihak Oracle menafikan sistem awanan Oracle Cloud sudah berjaya ditembusi penggodam tetapi beberapa pelanggan mengesahkan kesahihan data yang dicuri.

2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama sempena Aidilfitri ini
LLM turut menasihati pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA.

Khartoum diisytihar “bebas”, tentera Sudan kuasai semula ibu negara daripada RSF
Jeneral Abdel Fattah al-Burhan isytihar Khartoum sebagai "bebas" susulan pengusiran pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

Pejabat LHDN ditutup dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri
Pejabat LHDN di seluruh negara tidak akan beroperasi pada 31 Mac dan 1 April ini dan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April.
Menilai kestabilan pasaran automotif Malaysia sepanjang 2025
Selepas permulaan tahun yang perlahan, industri automotif Malaysia mencatat pemulihan kukuh pada Februari. Lonjakan jualan ini memberi gambaran positif terhadap permintaan kenderaan, tetapi adakah ia akan berterusan? Kupasan lanjut tentang trend, cabaran dan peluang pasaran automotif Malaysia bersama Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri.

My #QuranTime 2.0 dijangka diteruskan dalam masa terdekat - Hussamuddin
Program My #QuranTime dijangka diteruskan kepada siri kedua dalam masa terdekat.

Al-Quran suntik kekuatan spiritual, emosi depani COVID-19
Kakitangan dan pesakit HTAR, Klang dan IKN turut memanfaatkan sepenuhnya sumbangan wakaf al-Quran masing-masing berjumlah 160 naskhah untuk pengisian kerohanian serta rawatan penyembuhan emosi.

Wakaf Quran Mu'jam: Lebih 30,000 al-Quran berjaya dikumpul
Sumbangan dibuka sehingga hari ini berikutan WUIF terus menerima permohonan untuk mengaktifkan #QuranCorner.

800 al-Quran wakaf diserah kepada Jabatan Kesihatan NS
Dr Muhammad Faid berkata, pemberian al-Quran itu diharap dapat meningkatkan lagi ketahanan dan kekuatan rohani petugas barisan hadapan untuk terus berjuang dalam menghadapi wabak COVID-19.

Tukar 'kuarantin' kepada QuranTime
Pihaknya mengambil inisiatif untuk menggerakkan kempen Turn Quarantine to QuranTime atau tukar masa kuarantin kepada masa bersama al-Quran di Facebook QuranHour secara langsung.