awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYAirline: Waspada dengan penipuan pemulangan wang

Bernama
Bernama
30/12/2023
10:46 MYT
MYAirline: Waspada dengan penipuan pemulangan wang
MYAirline berkata terdapat laporan baru-baru ini mengenai individu yang mendakwa secara palsu sebagai wakil kepada syarikat penerbangan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MYAirline telah memaklumkan pelanggannya bahawa terdapat kemungkinan wujudnya penipuan yang berkaitan dengan bayaran balik yang belum selesai.
"Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap keselamatan pelanggan, kami menasihatkan mereka untuk berhati-hati bagi mencegah sebarang aktiviti penipuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MYAirline berkata terdapat laporan baru-baru ini mengenai individu yang mendakwa secara palsu sebagai wakil kepada syarikat penerbangan itu, menghubungi pelanggan yang menunggu bayaran balik untuk tempahan penerbangan mereka.
Penipu ini menggunakan pelbagai taktik, termasuk panggilan telefon, e-mel atau mesej di platform media sosial bagi memperdaya pelanggan supaya memberikan maklumat peribadi atau membuat pembayaran dengan alasan palsu.
"Untuk melindungi daripada kemungkinan penipuan, kami menasihati pelanggan kami agar mengesahkan sumber apabila menerima komunikasi mengenai bayaran balik.
"Semak alamat e-mel rasmi atau nombor hubungan yang dikaitkan dengan MYAirline. Komunikasi rasmi daripada kami adalah daripada domain myairline.my," katanya.
Syarikat penerbangan itu menasihatkan mereka yang menemui sebarang hubungan yang mencurigakan atau tingkah laku penipuan supaya melaporkannya dengan segera kepada saluran sokongan pelanggan rasmi MYAirline atau pihak berkuasa berkaitan.
"Bagi bantuan lanjut atau pertanyaan mengenai bayaran balik atau sebarang kebimbangan, pelanggan digalakkan untuk menghubungi saluran perkhidmatan pelanggan rasmi MYAirline melalui [email protected] atau bercakap dengan kami melalui +603 8966 2522," tambah syarikat penerbangan yang bermasalah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MYAirline
#penipuan
#Bayaran Balik
#pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan