awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyBHA gesa kerajaan keluarkan pakej khas bagi pengusaha industri pelancongan

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2020
00:11 MYT
MyBHA gesa kerajaan keluarkan pakej khas bagi pengusaha industri pelancongan
Pengusaha hotel bajet terpaksa menanggung kos operasi hotel serta membuat bayaran gaji walaupun perniagaan mereka tidak menerima sebarang pendapatan. - Gambar hiasan
Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) menggesa kerajaan mengkaji semula dan mengeluarkan satu Pakej Rangsangan Khas bagi industri pelancongan yang telah terjejas sejak sebelum penularan wabak COVID-19 di Malaysia lagi.
Presiden MyBHA Emmy Suraya Hussein berkata, pengusaha kini akan terpaksa menanggung kos operasi hotel serta membuat bayaran gaji walaupun perniagaan mereka tidak menerima sebarang pendapatan.
Ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil langkah menghentikan perniagaan sementara menunggu keadaan kembali pulih, sekali gus menyebabkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.
“Kami juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang tegas dan segera dalam membendung apa-apa jenis perniagaan perkhidmatan penginapan atas talian yang menawarkan penginapan selain daripada hotel dan penyedia perkhidmatan.
“Penginapan yang tidak berlesen telah sekian lama menjadi suatu ancaman industri.
"Penyelesaian ini akan sedikit sebanyak dapat membantu perkhidmatan perhotelan untuk kembali bangkit dan pulih lebih awal setelah Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) ditamatkan dan wabak COVID-19 dihapuskan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
MyBHA mewakili pengusaha-pengusaha hotel tiga bintang ke bawah.
Topic Berkaitan
#budget hotel
#COVID-19
#Emmy Suraya Hussein
#hotel
#hotel bajet
#hotel tiga bintang
#koronavirus
#Malaysia
#MyBHA
#operasi
#pelancongan
#pendapatan
#Persatuan Hotel Bajet Malaysia
#tutup operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan