awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyCEB anjur 81 acara perniagaan, sumbang RM834 juta kepada ekonomi 2022

Bernama
Bernama
05/02/2022
00:25 MYT
MyCEB anjur 81 acara perniagaan, sumbang RM834 juta kepada ekonomi 2022
MyCEB berkata, inisiatif-inisiatif awal kerajaan seperti gelembung pelancongan dan VTL membuktikan bahawa negara boleh bergerak ke arah pembukaan semula secara berhati-hati.
KUALA LUMPUR: Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan menganjurkan 81 acara perniagaan yang dijangka menarik kira-kira 113,700 perwakilan dan menyumbang RM834 juta kepada kesan ekonomi tahun ini.
MyCEB dalam satu kenyataan semalam berkata pembukaan semula sempadan Malaysia kepada pelawat antarabangsa khususnya berkaitan industri acara perniagaan, akan membolehkan aktiviti ekonomi dalam segmen perniagaan, pelaburan, persidangan serta pameran diperkasakan semula.
"Dalam hal ini, MyCEB dan industri acara perniagaan menyokong kenyataan Majlis Pemulihan Nasional (MPN) bahawa kerajaan perlu menetapkan garis masa yang pasti bagi pembukaan sempadan negara untuk memulihkan aktiviti ekonomi termasuk perdagangan, industri, pelaburan dan pelancongan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata membenarkan perwakilan antarabangsa menghadiri aktiviti-aktiviti ini pasti akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penganjur tetapi juga industri dan negara.
"Inisiatif-inisiatif awal kerajaan seperti Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Singapura-Malaysia (VTL) telah membuktikan bahawa negara boleh bergerak ke arah pembukaan semula secara berhati-hati.
"Apabila acara perniagaan dibenarkan beroperasi pada akhir tahun lepas, kita telah menyaksikan industri ini mula bangkit dengan beberapa acara di seluruh negara," katanya.
Sejak penubuhannya, MyCEB telah berjaya menganjurkan lebih daripada 2,600 acara dengan kedatangan 1.3 juta perwakilan antarabangsa yang mana, ini diterjemahkan kepada anggaran RM17 bilion kesan ekonomi dari 2010 hingga 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyCEB
#pembukaan semula sempadan
#acara perniagaan
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan