PUTRAJAYA: Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) yang merupakan indeks kesihatan mental pertama di Malaysia, dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Inisiatif diterajui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dengan sokongan daripada pihak berkepentingan berkaitan, dilancarkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, di sini hari ini.
KBS dalam kenyataan sempena pelancaran MyMHI'23 memaklumkan, inisiatif berkenaan merangkumi tujuh domain iaitu gaya hidup, persekitaran, keperibadian individu, pengalaman hidup, sokongan sosial, pengendalian tekanan, dan minda sihat, serta disokong oleh 28 indikator.
"Secara keseluruhannya, MyMHI'23 yang melibatkan 5,867 responden ini, menunjukkan kesihatan mental belia berada pada tahap sederhana memuaskan dengan skor 71.91.
"Domain pengalaman hidup mencatatkan skor tertinggi (88.51) iaitu berada pada tahap memuaskan, manakala domain persekitaran mencatatkan skor terendah (65.45), iaitu berada pada tahap sederhana memuaskan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan KBS memaklumkan antara intervensi yang telah dikenal pasti untuk meningkatkan kesihatan mental belia adalah dengan mewujudkan ruang kediaman yang tidak terlalu sesak dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi, sekali gus memupuk persekitaran yang bebas daripada tekanan.
Intervensi lain ialah meningkatkan ketercapaian belia kepada perkhidmatan kesihatan mental; mempromosikan gaya hidup sihat yang meliputi penyediaan makanan sihat dan pelaksanaan aktiviti fizikal; dan meningkatkan daya tahan melalui kesedaran dan kefahaman yang jelas mengenai kesihatan mental bagi mengelakkan sterotaip.
Selain itu, intervensi dikenal pasti ialah memperkasa penglibatan belia dalam persatuan dan aktiviti kesukarelawanan; dan memperkasa peranan ibu bapa serta penjaga melalui penguasaan kemahiran literasi kesihatan mental dan kemahiran keibubapaan yang positif.
KBS memaklumkan usaha bagi mengkaji dan meningkatkan kesihatan mental belia Malaysia, selari dengan Strategi 1, Teras 3 Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030), iaitu Meningkatkan Kesihatan Mental, Kecergasan Fizikal Dan Kecerdasan Spiritual belia.
"Diharapkan agar semua pihak berkepentingan dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada KBS dan Kementerian Kesihatan, dalam memperjuangkan isu kesihatan mental belia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Inisiatif MyMHI'23 merangkumi tujuh domain iaitu gaya hidup, persekitaran, keperibadian individu, pengalaman hidup, sokongan sosial, pengendalian tekanan, dan minda sihat.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.