awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19

Bernama
Bernama
09/09/2024
20:30 MYT
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Seifert berkata, MyPELINDUNG kekal sebagai platform penting untuk pendidikan serta penglibatan awam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu sambil mengekalkan kesihatan dan keselamatan dengan menumpukan kepada kehidupan yang selamat di fasa hidup bersama virus COVID-19.
Ketua Kluster Pfizer Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina, Deborah Seifert berkata, MyPELINDUNG kekal sebagai platform penting untuk pendidikan serta penglibatan awam.
"Kami komited melenyapkan tanggapan salah, menyediakan maklumat tepat dan membantu rakyat Malaysia memahami cara bagaimana untuk hidup dengan selamat bersama COVID-19," katanya semasa pelancaran kempen itu, di sini, pada Isnin.
Bertemakan 'Lindungi Malaysia, Sihat Bersama' kempen MyPELINDUNG menekankan kepentingan kewaspadaan berterusan, mengutamakan vaksinasi dan mendapatkan rawatan untuk COVID-19 tepat pada masa terutama bagi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai sejarah perubatan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kawalan Jangkitan dan Penyakit Berjangkit Malaysia (MyICID), Dr Shaharudeen Kamaludeen menyentuh mengenai kepentingan untuk sentiasa mengemas kini vaksinasi COVID-19.
"COVID-19 akan terus wujud sama seperti penyakit lain yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus leka," katanya.
Kempen MyPELINDUNG satu usaha kolaboratif melibatkan MyICID, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Bulan Sabit Merah Malaysia, Diabetes Malaysia (DM) dan Pfizer Malaysia. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyPELINDUNG 2024
#kehidupan selamat
#COVID-19
#Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan