awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYSA terima Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia di Belanda

Bernama
Bernama
07/05/2023
00:40 MYT
MYSA terima Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia di Belanda
Penyertaan inisiatif MYSA ini berjaya meyakinkan pihak juri untuk dipilih sebagai pemenang berbanding lebih 140 penyertaan yang diterima.
KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menggondol Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2023 bagi kategori penggunaan serta penyelesaian teknologi geospatial angkasa dalam bidang keselamatan makanan dan pertanian semalam.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan anugerah itu diberikan sempena persidangan Forum Geospatial Dunia 2023 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Mei 2023 di Pusat Konvensyen dan Hotel Postillion, Pusat Dagangan Dunia Rotterdam, Belanda.
Kemenangan itu diraih melalui inovasi yang diperkenal Malaysia dengan memanfaatkan teknologi geospatial angkasa penderiaan jauh dalam membangun serta mengoperasikan Sistem Maklumat Geospatial Padi (MakGeoPadi).
Menurut MOSTI, sistem yang telah memanfaatkan 192,663 pesawah itu telah dioperasikan secara berterusan sehingga kini dan mampu membantu pihak berkuasa berkaitan mengurus dan memantau tanaman di 12 jelapang padi negara secara lebih cekap serta berkesan menggunakan kelebihan teknologi geospatial angkasa penderiaan jauh.
"Penyertaan inisiatif MYSA ini telah berjaya meyakinkan pihak juri untuk dipilih sebagai pemenang berbanding lebih 140 penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur dari seluruh dunia.
"Sistem MakGeoPadi yang dipilih memenangi anugerah ini telah dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia pada tahun 2010," katanya.
Menurut kenyataan itu, anugerah sama pernah diberikan kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian yang berada di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2022.
"Kemenangan ini membuktikan bahawa Malaysia juga memiliki kemampuan setanding negara maju dalam mencipta inovasi baharu melalui teknologi geospatial angkasa bagi tujuan penyelesaian masalah serta pengurusan kehidupan rakyat dan pembangunan negara.
"Pengiktirafan ini juga menunjukkan usaha Malaysia melalui MOSTI dan MYSA dalam memperkasa bidang sains dan teknologi angkasa sentiasa relevan serta seiring dengan matlamat pelaksanaan DasarAngkasa Negara 2030 khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur dan aplikasi angkasa yang memberikan impak positif kepada keselamatan, ekonomi dan sosial negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Angkasa Malaysia
#MYSA
#anugerah kecemerlangan
#MOSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan