awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kritikal termasuk penyakit jarang jumpa

Bernama
Bernama
08/04/2025
06:10 MYT
mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kritikal termasuk penyakit jarang jumpa
mySalam kini meliputi 50 jenis penyakit kritikal, termasuk penyakit jarang jumpa, gangguan mental, penyakit darah, kulit kronik, dan reumatoid.
KUALA LUMPUR: Skim perlindungan takaful nasional mySalam yang disediakan secara percuma kepada golongan B40 kini diperluas meliputi 50 jenis penyakit kritikal berbanding 45 jenis sebelum ini.

Ringkasan AI
  • Skim perlindungan takaful nasional mySalam kini meliputi 50 jenis penyakit kritikal, termasuk penyakit jarang jumpa, gangguan mental, penyakit darah, kulit kronik, dan reumatoid.
  • Skim ini menawarkan bantuan kewangan RM8,000 kepada individu yang didiagnosis dengan penyakit kritikal dan elaun hospital harian RM50 hingga 14 hari setahun.
  • Sejak dilancarkan pada 2019, mySalam telah membuat pembayaran tuntutan berjumlah RM1.1 bilion dan membantu lebih 1.6 juta rakyat.

Ketua Skim mySalam Great Eastern Takaful Bhd Syuhaib Ithnin berkata penambahbaikan itu turut merangkumi perlindungan untuk penyakit jarang jumpa, menjadikan ia skim takaful pertama di Malaysia yang menyediakan bantuan kewangan kepada individu didiagnosis dengan penyakit berkenaan.
Selain perlindungan penyakit jarang jumpa, pertambahan manfaat perlindungan kini juga meliputi penyakit gangguan mental seperti skizofrenia dan bipolar, penyakit darah termasuk talasemia major dan anemia aplastik, penyakit kulit kronik seperti psoriasis dan pemfigus vulgaris, serta penyakit reumatoid seperti artritis reumatoid.
"Dengan peluasan perlindungan mySalam kepada lebih banyak penyakit kritikal, ia membuktikan komitmen tinggi kami dalam menyediakan perlindungan kewangan kepada golongan rentan.
"Perlindungan penyakit jarang jumpa yang diberikan ini juga memberikan akses rawatan lebih baik kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Skim mySalam adalah perlindungan takaful di bawah seliaan Kementerian Kewangan dengan pembiayaan Tabung Amanah mySalam dan pengurusannya dikendalikan sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful Bhd.
Sejak dilancarkan pada 2019, Syuhaib berkata mySalam memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan kewangan kepada rakyat yang menghidap penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital.
Skim itu menawarkan bantuan sekali bayar sebanyak RM8,000 kepada individu yang didiagnosis dengan penyakit kritikal dan layak menerima manfaat elaun hospital harian sebanyak RM50 hingga 14 hari setahun, dengan jumlah maksimum RM700 setahun.
Beliau berkata hingga 31 Dis 2024, mySalam membuat pembayaran tuntutan berjumlah RM1.1 bilion dan membantu lebih 1.6 juta rakyat.
"Sehingga kini, terdapat 143 kios mySalam di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara untuk memberikan bantuan secara bersemuka," katanya.
Individu yang layak digalakkan untuk menyemak kelayakan dan mengemukakan tuntutan melalui www.mysalam.com.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MySalam
#golongan B40
#Skim perlindungan takaful nasional
#penyakit kritikal
#penyakit jarang jumpa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan