KUALA LUMPUR: MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
MySejahtera dijual kepada pihak swasta?
- Awal minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mempersoalkan tindakan kerajaan melakukan penjualan aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta, MySJ Sdn. Bhd. seperti dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
- Dalam laporan itu, keputusan penjualan tersebut dibuat oleh Kabinet pada 26 November 2021 serta membenarkan Kementerian Kesihatan melantik MySJ Sdn. Bhd. melalui mekanisme rundingan terus untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera.
MySejahtera tidak dijual kepada syarikat swasta – Khairy
BACA: Tidak timbul isu penjualan MySejahtera kepada pihak swasta - Khairy
BACA: Khairy jamin data MySejahtera terpelihara
- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak timbul isu penjualan aplikasi MySejahtera kepada pihak swasta.
- Pada 26 November 2021, satu Memorandum Jemaah Menteri oleh Jabatan Perdana Menteri (Kementerian bertanggungjawab bagi Majlis Keselamatan Negara) telah dibincangkan yang akhirnya dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri agar pemilikan aplikasi MySejahtera dipindahkan daripada MKN kepada KKM.
- Dakwaan berkenaan pembayaran yang dibuat adalah berkait penggunaan API Google Map di dalam aplikasi tersebut.
- Kerajaan sehingga ke hari ini masih belum melulus atau membuat apa-apa pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera.
- Khairy memberi jaminan bahawa segala data yang tersimpan di dalam pangkalan data MySejahtera adalah terpelihara dan hanya bagi tujuan kawalan pandemik.
- Sebelum kerajaan melancarkan aplikasi ini pada 20 April 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pihak kerajaan telah memeterai Perjanjian Ketakdedahan (Non-Disclosure Agreement - NDA) dengan KPISOFT pada 1 April 2020 dengan terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
- Antara terma utama yang terkandung dalam perjanjian NDA ini termasuklah berkenaan hak milik setiap data dan maklumat adalah hak milik penuh dan mutlak Kerajaan.
- 'Server' atau pelayan MySejahtera berpusat di ibu negara, bukan di luar negara seperti yang didakwa sesetengah pihak.
- KKM berpandangan masih terdapat keperluan untuk terus menggunakan aplikasi MySejahtera kerana terbukti bahawa aplikasi tersebut sememangnya telah banyak mempermudah dan membantu urusan kawalan pandemik COVID-19 ketika ini.
Astro Awani
Thu Mar 31 2022

Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin Abu Bakar ketika penggulungan perbahasan usul aplikasi MySejahtera pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

Isu LCS | Wanita BN kena faham, cubaan hasut rakyat - Najib
Datuk Seri Najib Razak menyeru agar wanita Barisan Nasional (BN) memahami isu-isu terkini termasuk berhubung perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa cuba dimainkan untuk menghasut rakyat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak pembangkang mahu menjadikan lcs sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam masa sama, Najib sekali lagi mendakwa Pakatan Harapan menjadi punca kepada kelewatan menyiapkan kapal tempur tersebut.

Konvensyen Wanita BN | Wanita BN tonggak parti, ibarat Arteri Aorta
Wanita Barisan Nasional (BN) digambarkan sebagai tonggak dan jentera ulung dalam menggerakkan parti tersebut. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan wanita BN boleh diibaratkan sebagai Arteri Aorta, iaitu pembuluh darah yang utama dalam badan manusia. Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN, bekas Perdana Menteri itu menambah barisan wanita juga paling setia dalam perjuangan parti.

Bantuan Lemas | Bomba peti keselamatan di 50 lokasi panas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 50 lokasi 'hot spot' berlakunya kejadian lemas untuk diletakkan Life Saving Appliances (LISA) di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, lisa adalah satu inovasi yang dipasang di lokasi-lokasi hot spot yang dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya kejadian lemas melebihi lima mangsa di tempat yang sama dalam tempoh tiga tahun.
![[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional [TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982547/thumbnails/37622980911660456903211_640x360.jpg)
[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional
Ikuti Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional dan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
![[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah [TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982548/thumbnails/37622981191660457355727_640x360.jpg)
[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah
Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan menerima rasuah RM10,000 dari sebuah syarikat kontraktor pada tahun 2015.

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Kes SRC: Esok hari penting buat saya - Najib Razak
Najib menegaskan, walau apapun berlaku, beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama parti.

Aizat sah jadi suami Elyssa, rancang bulan madu di Mexico
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang.

AWANI Ringkas: ADUN PSB keluar parti, pembangkang tingal lima kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Korea Utara mansuh pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal
Bagaimanapun, Korea Utara akan terus mengekalkan langkah "pertahanan antiwabak yang kukuh".

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat Malaysia bebaskan negara daripada cengkaman COVID-19
Dalam konteks hari ini, pengorbanan rakyat Malaysia bersama membantu kerajaan memerangi COVID-19 juga dikira satu perjuangan besar.

Ekonomi UK menyusut buat kali pertama sejak pandemik COVID-19
Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik COVID-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.