awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy jamin data MySejahtera terpelihara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/03/2022
10:38 MYT
Khairy jamin data MySejahtera terpelihara
Jelas Khairy, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan piawaian antarabangsa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa segala data yang tersimpan di dalam pangkalan data MySejahtera adalah terpelihara dan hanya bagi tujuan kawalan pandemik oleh Kementerian Kesihatan sahaja.
Jelasnya, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan piawaian antarabangsa.
"Berkenaan isu data dan maklumat peribadi pengguna aplikasi MySejahtera, ingin saya tegaskan bahawa sebelum kerajaan melancarkan aplikasi ini pada 20 April 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pihak kerajaan telah memeterai Perjanjian Ketakdedahan (Non-Disclosure Agreement - NDA) dengan KPISOFT pada 1 April 2020 dengan terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
"Antara terma utama yang terkandung dalam perjanjian NDA ini termasuklah berkenaan hak milik setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera, adalah hak milik penuh dan mutlak Kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung usul khas berkait isu MySejahtera di Dewan Negara hari ini.
Data peribadi dalam MySejahtera hak milik mutlak kerajaan Malaysia
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#Khairy Jamaluddin
#Dewan Negara
#Kementerian Kesihatan
#data peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan