awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nadma akan keluar enam PTO baharu - Armizan

Bernama
Bernama
19/07/2023
00:00 MYT
Nadma akan keluar enam PTO baharu - Armizan
Armizan berkata Nadma telah mengeluarkan tujuh PTO sebelum ini iaitu banjir dan siklon tropika, industri, jerebu, petrokimia, gempa bumi, tsunami serta kemarau. - Foto Facebook/Armizan
PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengeluarkan enam Peraturan Tetap Operasi (PTO) baharu untuk memantapkan pengurusan bencana negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata PTO itu melibatkan komunikasi bencana, pusat kawalan operasi bencana, pusat kawalan tempat kejadian, bencana nuklear dan radiologi, bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa serta bencana tanah runtuh.
"Drafnya telah ada dan akan dimurnikan dalam beberapa sesi dengan pemegang taruh," katanya pada sesi libat urus bersama media di sini pada Selasa.
Armizan berkata Nadma telah mengeluarkan tujuh PTO sebelum ini iaitu banjir dan siklon tropika, industri, jerebu, petrokimia, gempa bumi, tsunami serta kemarau.
Beliau berkata dalam menggubal PTO, Nadma diminta bukan hanya mendapatkan pandangan agensi kerajaan tetapi juga ahli akademik, badan bukan kerajaan dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk teknologi.
Kataya PTO merupakan garis panduan yang mengkhusus kepada jenis bencana contohnya pengurusan komunikasi seperti ketika insiden tanah runtuh di Batang Kali di mana pengamal media mengadu tidak mendapat maklumat awal atau lambat dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NADMA
#PTO
#tanah runtuh
#bencana nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan