awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: Lapan waris mangsa layak terima pampasan Perkeso - Sivakumar

Bernama
Bernama
23/08/2023
12:46 MYT
Nahas Elmina: Lapan waris mangsa layak terima pampasan Perkeso - Sivakumar
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata seorang waris akan menerima Faedah Pencen Penakat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan enam waris layak menerima Faedah Orang Tanggungan di bawah akta berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lapan keluarga daripada 10 mangsa nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata seorang waris akan menerima Faedah Pencen Penakat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan enam waris layak menerima Faedah Orang Tanggungan di bawah akta berkenaan.
"Seorang lagi waris layak menerima dua faedah iaitu Faedah Orang Tanggungan di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) dan Pencen Penakat.
"Sementara itu, dua mangsa tidak menerima pampasan Perkeso kerana seorang berkhidmat sebagai penjawat awam manakala seorang lagi tidak mencarum di agensi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sivakumar berkata Perkeso telah menguruskan pembayaran Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 kepada waris tujuh individu yang terlibat dalam nahas itu manakala pembayaran kepada seorang lagi waris masih tertangguh kerana menunggu maklum balas daripada keluarga berkenaan.
Pada 17 Ogos lepas, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing ialah penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas Elmina
#pesawat terhempas
#pampasan Perkeso
#Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
#ahas pesawat Beechcraft Model 390
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan