awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan

Bernama
Bernama
23/08/2023
15:44 MYT
Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah waris mangsa untuk sampaikan sumbangan
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan itu adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan beliau kepada keluarga Sharipudin Shaari iaitu pemandu e-hailing serta waris Allahyarham Shahrul Kamal Roslan dan Allahyarham Haikal Aras Abdul Azim, yang masing-masing merupakan juruterbang pesawat berkenaan.
Beliau berkata semalam, Ahmad Farhan turut menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki (Pegawai Khas kepada Datuk Seri Johari Harun) serta waris Allahyarham Datuk Seri Johari Harun (Exco Kerajaan Negeri Pahang) dan Allahyarham Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi (juga juruterbang pesawat).
"Saya amat berharap keluarga mangsa yang terlibat tabah tatkala diuji ujian yang getir dan berat ini. Semoga kita semua dapat mendoakan roh mereka diberikan tempat yang terbaik di sisi Yang Maha Esa serta keluarga dikurniakan kekuatan saat ini," katanya.
Pada 17 Ogos lepas, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.
Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Politik PM
#Ahmad Farhan Fauzi
#nahas Elmina
#ziarah waris mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan