KUALA LUMPUR: "Mama tolong jaga anak-anak. I love you so much, take care," itu kata-kata terakhir mangsa nahas kapal terbang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Allahyarham Mohammad Taufiq Mohd Zaki kepada ibunya sebelum berlepas ke Langkawi pada Rabu lepas.
Mengingati pesanan Allahyarham itu, Rohani Mohamed Ibrahim, 62, berkata beliau akan terus membantu menantunya Suzana Paiman, 38, untuk menjaga empat cucu lelaki yang berusia tiga hingga 10 tahun.
"Isteri dia tidak bekerja. Saya dan suami hantar (cucu) pergi sekolah (semasa) dia (Allahyarham) bekerja di luar kawasan," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini hari ini.
Terdahulu, jenazah Mohammad Taufiq yang merupakan pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada kira-kira 1 tengah hari.
Berkongsi perwatakan Allahyarham, sambil menitiskan air mata Rohani berkata Mohammad Taufiq, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, adalah seorang yang amat mengambil berat terhadap kedua ibu bapanya.
"Dia mengambil berat tentang mak ayah dia. Dia pergi mana-mana pun akan telefon tanya mama dah makan? Mama bagaimana? Dia anak yang baik, dia tidak menyusahkan kita," katanya.
Mohd Zaki Abd Kadir, 69, pula berkata dua cucunya telah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus influenza sebelum Mohammad Taufiq berlepas ke Langkawi.
"Sebelum arwah pergi Langkawi, dia hantar anak dia ke Hospital Ampang Puteri. Dua anak dia kena influenza. Itu yang dia cakap dekat mak dia tolong jaga anak dia," katanya.
Dalam insiden pada Khamis lepas, pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor, telah mengakibatkan 10 individu maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi orang awam masing-masing penunggang motosikal serta pemandu kereta yang melalui kawasan kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Rohani menyiram air mawar di pusara anaknya, Mohammad Taufiq selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pihak berkuasa tidak ketepi serangan pengganas punca pesawat terhempas di Vilnius
Serangan pengganas tidak boleh diketepikan sebagai punca pesawat kargo terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius awal pagi tadi, kata polis.
Pesawat kargo DHL terhempas di kawasan perumahan
Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL terhempas berhampiran Lapangan Terbang Vilnius.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
3 maut pesawat berlanggar di Australia
Tiga individu maut selepas dua pesawat ringan berlanggar di udara sebelum terhempas di barat daya Sydney pada Sabtu, lapor Xinhua.
4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.
Pesawat enjin tunggal terhempas di Indiana, AS, empat terbunuh - Laporan
Pesawat itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anderson Municipal, tetapi sebaliknya terhempas di ladang jagung.
Pesawat tentera India terhempas di negeri Rajasthan
Pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India alami masalah teknikal yang kritikal, memaksa juruterbang melenting keluar dari pesawat.
5 warga China maut dalam nahas pesawat di Thailand
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas pesawat itu terhempas di hutan paya bakau sekitar 3.10 petang waktu tempatan.
Keluarga terima keputusan laporan akhir nahas Elmina
Keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, tahun lepas menerima keputusan laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan hari ini.