NATIONAL
Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam

Dalam kejadian pada Selasa lalu, sembilan anggota FRU maut dan sembilan lagi cedera selepas trak dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam ketika dalam perjalanan pulang ke pangkalan. -Gambar fail/Bernama
TELUK INTAN: Enam anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di sini Selasa lepas masih menerima rawatan manakala seorang lagi dibenarkan keluar semalam.
Ringkasan AI
- Enam anggota FRU yang cedera dalam kemalangan di Teluk Intan masih dirawat, lima di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dengan empat di ICU dan seorang di wad biasa menunjukkan perkembangan positif.
- Anggota di ICU HRPB mengalami kecederaan serius termasuk pada paru-paru, hati, limpa, buah pinggang, pundi kencing serta pelbagai tulang, dan telah menjalani tiga pembedahan awal dengan kemungkinan prosedur lanjut diperlukan.
- Dalam kejadian pada Selasa lalu, sembilan anggota FRU maut dan sembilan lagi cedera selepas trak dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam ketika dalam perjalanan pulang ke pangkalan.
Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyantuni keluarga mangsa nahas FRU di hospital berkenaan pagi ini.
Dalam pada itu, Dr Feisul Idzwan berkata anggota yang berada di ICU HRPB mulai sedar dan menunjukkan perkembangan baik walaupun mengalami kecederaan serius.
"Dia mengalami pelbagai jenis kecederaan antaranya di bahagian paru-paru kita panggil diafram iaitu selaput antara paru-paru dengan organ usus, perut, selain kecederaan pada organ hati dan limpa serta kemungkinan besar buah pinggang dan pundi kencing.
"Ini tidak termasuk pelbagai kecederaan tulang kita panggil fracture di tulang rusuk, kaki dan pinggul.
"Semasa pesakit dimasukkan ke HRPB pun sudah ada tiga pembedahan peringkat awal, jadi memang kita lihat kemungkinan besar pesakit perlu melalui pelbagai jenis prosedur lagi," katanya.
Dr Feisul Idzwan berkata bagi pesakit di ICU HTI pula, kesemuanya telah menunjukkan perkembangan baik dengan seorang daripadanya memerlukan pemerhatian rapi.
Dalam kejadian 8.50 pagi Selasa lepas, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami