awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penurunan kadar pengangguran bukti pasaran buruh, ekonomi negara mengukuh - Ramanan
Dua beranak mengamuk dirujuk ke HTAR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'

Bernama
Bernama
23/04/2024
22:20 MYT
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi Selasa. - Foto TLDM
IPOH: "Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalunya pergi dulu," itu kata Md Akhir Jamaludin, 55, mengenai anak saudaranya Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 34, yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pagi Selasa.
Md Akhir berkata sebagai anak sulung daripada empat beradik, Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
"Kali terakhir berjumpa tahun lepas, raya tahun ini pun tak dapat jumpa arwah sebab dia bertugas tapi dia ada bercerita akan menyertai pertunjukan udara (sempena Ulang Tahun TLDM ke-90)," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini malam tadi.
Menurutnya Mohamad Amirulfaris meninggalkan seorang balu dan dua anak berusia tujuh serta dua tahun.
Md Akhir yang berasal dari Negeri Sembilan berkata anak saudaranya itu telah dua tahun bertugas di Sabah kerana dinaikkan pangkat.
"Arwah masih muda, semua yang terkorban pun berusia bawah 40 tahun, mereka ini masih panjang khidmat untuk negara namun Allah lebih sayangkan mereka," katanya.
Menurutnya Allahyarham akan dikebumikan di Senawang, Negeri Sembilan sebaik selesai proses bedah siasat.
Md Akhir berkata semua ahli keluarga Allahyarham telah diterbangkan dari Sabah ke Perak bagi pengecaman jenazah.
Mohamad Amirulfaris adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
#TLDM
#tragedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan