awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/04/2024
07:00 MYT
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang selesai jam 2.20 petang Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh untuk solat jenazah.
Sementara itu, mayat mendiang Leftenan T Sivasutan TLDM pula dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan pada Khamis.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Mayat mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna pula akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian ini.
“TLDM akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin.
“Penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban akan dilaksanakan mengikut tradisi TLDM di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris,” katanya menerusi kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#bedah siasat
#istiadat penghormatan terakhir
#identiti mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan