awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib

Bernama
Bernama
23/04/2024
23:00 MYT
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua masjid di negeri Pahang agar melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak pagi semalam.
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu agar melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi semalam.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya dalam kenyataan memaklumkan, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Nahas itu telah mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter HOM-AW139 dan Fennec.
"Tragedi tersebut berlaku semasa formasi penerbangan raptai lintas hormat di Pangkalan TLDM Lumut. Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas helikopter Lumut
#solat jenazah ghaib
#Sultan Pahang
#10 anggota TLDM maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan