awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Taman Melawati: Suasana pilu selubungi upacara pengebumian Allahyarham Mohd Irfan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
09/11/2020
09:26 MYT
Nahas helikopter Taman Melawati: Suasana pilu selubungi upacara pengebumian Allahyarham Mohd Irfan
Upacara itu dihadiri ahli keluarga kira-kira 30 ahli keluarga, kenalan terdekat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, yang terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati, di sini pada Ahad.
Allahyarham Mohd Irfan selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, dekat sini hari ini sekitar pukul 5 petang tadi.
Upacara itu dihadiri ahli keluarga kira-kira 30 ahli keluarga, kenalan terdekat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Antara yang hadir termasuk dua orang anak Allahyarham, Farhan Hasif ,13; Farid Ridhwan, 15; dan ibu Allahyarham Nafisah Hamat, 73.
Isteri Allahyarham, Wan Nani Bazlin Wan Mahmud, 44, bersama tiga lagi anaknya Faeqaa Batrisya, 9; Farah Sofea, 7; dan Falisha Hani, 3, hadir ketika upacara penghormatan terakhir di Surau Al Ikhwan, Taman Puncak Jalil.
LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
Sementara itu, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid berkata, laporan bedah siasat kedua-dua mangsa telahpun diserahkan kepada polis.
“Kita menerima dua jenazah itu petang semalam dan telah dilakukan saringan COVID-19, CT scan dan X-ray juga pada semalam, sebelum bedah siasat mula dilakukan oleh pakar forensik HCTM.
“Polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan bedah siasat itu,” ujarnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, dua helikopter yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang Jaya ke Genting Sempah dipercayai bertembung di udara sebelum salah sebuah terhempas di Taman Melawati, di sini.
Dua mangsa disahkan maut iaitu Mohd Irfan dan Mohd Sabri Baharom, 56.
Sebuah lagi helikopter dinaiki bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan sempat membuat pendaratan cemas dan mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Topic Berkaitan
#jenazah Allahyarham Mohd Irfan
#nahas helikopter Taman Melawati
#jenazah
#pengebumian
#helikopter terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan