awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Peronda Sempadan berundur dari Minneapolis susulan insiden tembakan
China sedia bekerjasama dengan AS urus perbezaan, tingkatkan kolaborasi
Perancis lulus larangan media sosial bagi bawah 15 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Hornet TUDM: Dua anak kapal berada dalam keadaan baik - PTU

Bernama
Bernama
23/08/2025
10:32 MYT
Nahas Hornet TUDM: Dua anak kapal berada dalam keadaan baik - PTU
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhammad Norazlan Aris ketika melawat juruterbang Mejar Azhar Alang Kamarudin (dua dari kiri) di Kuantan pada Jumaat. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam insiden kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Khamis dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan baik.

Ringkasan AI
  • Dua pegawai TUDM selamat selepas pesawat F/A-18D Hornet terhempas ketika latihan penerbangan malam di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.
  • Mejar Mohamad Azhar dan Kapten Mohamad Izzuddin kini dalam keadaan stabil dan sedang dipantau di Rumah Sakit Angkatan Tentera sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Prosedur kecemasan berjaya dilaksanakan, kedua-dua pegawai sempat keluar menggunakan kerusi lontar sebelum pesawat musnah sepenuhnya.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, dan jurusensor senjata pesawat Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, masih menerima rawatan dan pemantauan di Rumah Sakit Angkatan Tentera.
"Kebiasaannya akan dipantau untuk tiga hari sebagai kepastian. Pada pandangan saya, kedua-duanya dalam keadaan okay," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muhamad Norazlan berkata pemantauan berkenaan merupakan amalan biasa bagi anggota yang menerima rawatan di kemudahan perubatan tentera.
Dalam insiden 9.05 malam Khamis, Mohamad Izzuddin dan Mohamad Azhar sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.
Insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas Hornet TUDM
#panglima tentera udara
#pegawai TUDM
#keadaan baik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan