awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas LATAR: Sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya dilarang keras

Isabelle Leong
Isabelle Leong
07/09/2017
12:49 MYT
Nahas LATAR: Sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya dilarang keras
Paparan skrin daripada sebuah video yang dimuat naik, yang menunjukkan beberapa atlet paralimpik cedera selepas terlibat kemalangan di lebuh raya LATAR. Twitter / @n9futbol
Pihak Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway (LATAR) menegaskan bahawa sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang sama sekali, sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihak LATAR merujuk kepada kemalangan yang melibatkan pelumba skuad berbasikal lebuh raya paralimpik negara berserta seorang ketua jurulatih yang berlaku di kilometer 12.5 (arah Timur) Lebuh Raya LATAR pagi Khamis.
"Pihak LATAR juga ingin mengingatkan kepada orang ramai tentang larangan berbasikal di lebuhraya sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan," menurut kenyataan itu lagi.
Sumber Foto - IPD Kuala Selangor
Sumber Foto - IPD Kuala Selangor
“Sejurus kejadian, Pasukan Ronda dan Emergency Response Team LATAR telah bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memberikan bantuan kecemasan kepada mereka dan mengawal lalulintas, sebelum pihak ambulan dan polis tiba bagi bantuan kecemasan.
“Kesemua mereka telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan segera.
“Kami juga berharap agar kejadian seperti diatas tidak akan berulang lagi dan kami berharap agar kesemua pelumba pelumba yang terlibat akan selamat dan dapat meneruskan misi negara,” tambah pihak LATAR dalam kenyataan tersebut.
Pihak LATAR juga berkata bahawa mereka akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak polis dalam menyalurkan apa jua jenis bantuan yang diperlukan oleh pihak berkuasa dalam membantu siasatan kes kemalangan tersebut.
Dalam perkembangan terkini, pemandu Toyota Hilux itu didakwa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang, Selangor petang tadi.
Topic Berkaitan
#atlet paralimpik
#berbasikal
#dilarang
#kemalangan
#latar
#Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan