IPOH: Jenazah jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng di sini semalam telah dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, petang tadi.
Jenazah Allahyarham telah dibawa keluar dengan menaiki van serta selepas selesai menjalani proses saringan COVID-19 dan bedah siasat kira-kira jam 2.45 petang.
Astro AWANI difahamkan, jenazah Allahyarham juga turut disembahyangkan ahli keluarga sebelum mereka mengiringi van berkenaan yang turut diiringi kenderaan peronda polis.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa maut selepas mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk dan dada.
“Keputusan bedah siasat mangsa nahas penerbangan pesawat ringan menunjukkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada bahagian tengkuk dan dada akibat daripada kemalangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini, pada Selasa.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi turut mendapati ahli keluarga dan kenalan Allahyarham telah datang ke Jabatan Forensik HRPB seawal jam 8 pagi.
Selain itu pihak media juga diminta untuk tidak berada secara dekat dengan lokasi jenazah dibawa naik ke dalam van bagi menjaga privasi ahli keluarga Allahyarham.
Menurut bapa saudara arwah yang mahu dikenali sebagai Radzi, 57, jenazah dijangka dibawa ke ke Surau Al-Kauthar Bandar Tasik Kesuma di Semenyih, Selangor bagi disembahyangkan sebelum dikebumikan di kawasan tanah perkuburan berhampiran.
Dalam nahas kira-kira jam 8 malam tadi, Fajim Juffa yang berasal dari Semenyih, terkorban manakala seorang lagi jurulatih penerbangan iaitu Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.
Mereka dilaporkan bertolak dengan menaiki sebuah pesawat ringan Piper 28 dari sekolah latihan penerbanan yang terletak berhampiran sebelum kejadian.
Amirrul Rabbani
Tue Aug 02 2022
![Nahas pesawat Piper 28: Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB Nahas pesawat Piper 28: Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659428471_TBPESAWATHEMPASjp.jpg)
Jenazah Allahyarham telah dibawa keluar dengan menaiki van serta selepas selesai menjalani proses saringan COVID-19 dan bedah siasat. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
![Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732745316_tbInternationalCrim.jpg)
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
![Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737650604_MichealMartin.jpg)
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
![Pesawat terhempas di Ipoh kemalangan maut pertama di Malaysia babitkan pesawat Piper PA-28 Pesawat terhempas di Ipoh kemalangan maut pertama di Malaysia babitkan pesawat Piper PA-28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659420464_KemalanganPesawatR.jpg)
Pesawat terhempas di Ipoh kemalangan maut pertama di Malaysia babitkan pesawat Piper PA-28
Kemalangan itu merupakan kejadian keempat pesawat model itu di Malaysia.
![Nahas pesawat Piper 28: Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB Nahas pesawat Piper 28: Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659428471_TBPESAWATHEMPASjp.jpg)
Nahas pesawat Piper 28: Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB
Jenazah jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng semalam telah dibawa keluar daripada HRPB.
![PM zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat ringan terhempas PM zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat ringan terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659418969_FajimJuffaMustafa.jpg)
PM zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat ringan terhempas
Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Perak.
![Jenazah jurulatih penerbangan akan dikebumikan di Semenyih - Bapa saudara Jenazah jurulatih penerbangan akan dikebumikan di Semenyih - Bapa saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659414359_BapaSaudaraArwah.jpg)
Jenazah jurulatih penerbangan akan dikebumikan di Semenyih - Bapa saudara
Allahyarham Fajim Juffa dikenali sebagai seorang yang rendah diri, ceria dan disenangi ramai.
![Pesawat terhempas: CAAM mula siasatan pagi ini Pesawat terhempas: CAAM mula siasatan pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659412641_Pesawatterhempas.jpg)
Pesawat terhempas: CAAM mula siasatan pagi ini
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kawalan keselamatan kini diperketat di lokasi tersebut bagi mengelak sebarang pencerobohan.
![Pernah terbabit dalam insiden pesawat sebelum ini tidak patahkan minat arwah Fajim Juffa Pernah terbabit dalam insiden pesawat sebelum ini tidak patahkan minat arwah Fajim Juffa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659401246_PesawatTerhempas.jpg)
Pernah terbabit dalam insiden pesawat sebelum ini tidak patahkan minat arwah Fajim Juffa
Pada 2004, Fajim Juffa pernah tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah enjin.