awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Golongan B40 mudah terdedah isu kesihatan mental – Raja Permaisuri Agong
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat: Tiada tanda mangsa terselamat di lokasi kejadian

Reuters
Reuters
21/03/2022
13:21 MYT
Nahas pesawat: Tiada tanda mangsa terselamat di lokasi kejadian
Penerbangan MU5725 dari Kunming ke Guangzhou itu dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan. - Gambar/ Twitter @ne23614114
BEIJING : Pasukan penyelamat mengesahkan tidak menemui sebarang tanda terdapat mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat terhempas, Boeing 737 milik Chinese Eastern Airlines.
Pesawat itu yang membawa 132 penumpang termasuk sembilan anak kapal disahkan terhempas di wilayah Guangxi, China pada Isnin.
Menurut Reuters, media tempatan melaporkan terdapat penurunan mendadak dari segi altitud penerbangan sehingga ianya terhempas sebelum mencetuskan kebakaran di kawasan pergunungan.
"Tiada tanda kehidupan di antara serpihan nahas (pesawat)," kata seorang pegawai bomba wilayah itu.
BACA: Pesawat China dengan 132 individu dilapor terhempas
BACA: Nahas pesawat: Laman web rasmi syarikat China Eastern bertukar hitam putih
Bagaimanapun, orang ramai dan media masih menanti laporan rasmi berkenaan punca nahas pesawat malang berkenaan.
Penerbangan MU5725 dari Kunming ke Guangzhou itu dilapor hilang kelajuan lalu menjunam sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.
Pesawat itu kemudian tidak memberi sebarang isyarat atau data di sekitar Wuzhou.
Pesawat yang terlibat dalam nahas itu berusia enam tahun, dan dan sedang terbang pada altitud 29,100 kaki pada jam 0620 GMT. Selepas dua minit 15 saat, data menunjukkan pesawat itu turun ke paras ketinggian 9,075 kaki.
Jejak terakhir yang terpapar dalam rekod FlightRadar24 adalah pesawat itu terus menjunam ke paras 3,225 kaki.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#boeing 737
#Chinese Eastern Airlines
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan