NATIONAL

Nahas pesawat TUDM Hawk 108: Hishammuddin mahu punca nahas disiasat segera

Azyyati Ahmad 15/06/2017 | 09:03 MYT
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan agar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat punca nahas pesawatnya HAWK 108. -Foto Fail
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan agar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat punca nahas pesawat miliknya, HAWK 108 dengan terperinci dan pada kadar yang segera.

Dalam twit terbarunya, Hishammuddin turut mengucapkan takziah ke atas keluarga dua juruterbang TUDM yang maut dalam insiden berkenaan.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kedua juruterbang yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.

Kedua-dua mereka ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman.

Pesawat Hawk 108 dilaporkan hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.

Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi sebelum terputus hubungan 30 minit selepas itu.

Grafik Astro AWANI
#Hawk 108 #Hishammuddin Hussein #kemalangan #Kemaman #Nahas #pesawat #siasatan #tentera #TUDM