KUALA LUMPUR:Selepas beberapa pemimpin politik disahkan positif COVID-19, kini giliran Naib Presiden Pas, Idris Ahmad pula menerima jangkitan berkenaan.
Ahli Dewan Negara itu disahkan positif selepas dipercayai menjadi kontak rapat ketika berada di Perlis.
Perkara itu disahkan sumber rapat Pas Pusat ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, pada Sabtu.
"Saya tidak ada kuasa untuk beri pengesahan tentang ini, tapi memang benar beliau (Idris) disahkan positif COVID-19 dan kini dalam rawatan KKM," kata pemimpin PAS tersebut.
Sebelum itu, satu hantaran di Facebook tular memaklumkan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu disahkan positif selepas menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Minta maaf banyak-banyak. KKM baru call (hubungi) lepas Maghrib tadi saya positif COVID-19.
"Punca saya (adalah) kontak dengan Syakur Pasir Putih, Kelantan yang hadir ke Program Liga Pas Perlis pada 7 Januari (Khamis malam Jumaat)," katanya.
Dalam hantaran sama, mesej itu turut meninggalkan pesanan kepada sesiapa yang mempunyai kontak dengan Idris di Sungai Petani, Kedah pada Jumaat lalu dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Lumpur pada 9 Januari dinasihat agar berhati-hati.
"Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua (dan) esok KKM akan bawa ke Hospital Parti Buntar. Alhamdulillah setakat hari ini sihat," tulis mesej itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Kesihatan Pas Pusat, Dr Mohd Mazri Yahya ketika dihubungi memberitahu, tindakan parti adalah selari dengan saranan KKM untuk meminta semua pihak yang mempunyai kontak rapat perlu menjalani ujian saringan ataupun kuarantin selama 10 hari di rumah jika tiada gejala.
"Kita juga akan bekerjasama dengan KKM untuk membuat pengesanan kontak rapat bagi kes ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh berkata, semua pemimpin Pas tidak mempunyai kontak rapat dengan Idris.
"Memang sebelum ini kita adakan mesyuarat, tetapi ketika itu beliau (Idris) masih tidak dijangkiti wabak itu.
"Beliau disahkan positif selepas pergi ke Perlis dan merupakan kontak rapat kepada seorang sahabat di sana yang bukannya pemimpin parti," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Sat Jan 16 2021

Ahli Dewan Negara, Idris Ahmad disahkan positif COVID-19 selepas dipercayai menjadi kontak rapat ketika berada di Perlis. - Gambar BERNAMA

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pas tolak kumpulan tidak istiqamah dengan Islam - Abdul Hadi
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya boleh menerima golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Azmin Ali ketuai mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional
Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung di Putrajaya pada Rabu malam.

Isu pembahagian kerusi Parlimen masih belum selesai - Mohd Amar
Walaupun hubungan antara ketiga-tiga parti berjalan baik, soal berkenaan masih belum mencapai kata putus.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pas nafi agihan kerusi temui jalan buntu - Ahmad Samsuri
PAS hari ini menolak dakwaan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara parti di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu, menemui jalan buntu.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.

'Tahniah PM, bukti vaksin dijamin selamat dan tiada agenda Illuminati' - Ketua Pemuda Pas
Pas berdiri teguh bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima vaksin COVID-19 yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan.

Nik Abduh nafi terlibat Geng Ustaz
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dirinya dikaitkan dengan kumpulan ustaz atau Geng Ustaz.

Pas perjalanan IATA untuk pulihkan industri penerbangan
Pas Perjalanan IATA adalah penyelesaian standard antarabangsa untuk mengesahkan peraturan perjalanan di semua negara.