Sebanyak lima pemborong utama ayam di negeri ini disiasat pihak berkuat kuasa berhubung kenaikan harga jualan ayam yang mendadak di Johor.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan siasatan turut dijalankan ke atas tiga peladang bagi melihat punca kenaikan harga barangan kawalan terbabit.
Siasatan berikut adalah susulan aduan yang diterima pihak KPDNHEP berhubung kenaikan harga jualan ayam di premis-premis runcit di seluruh negeri ini yang mencetuskan kegusaran pengguna yang akan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
"Berikutan maklumat yang diterima, KPDNHEP Johor telah melaksanakan pemeriksaan serta merta ke atas premis-premis runcit yang menjual ayam pada harga tinggi.
"Sebanyak 71 pemeriksaan dijalankan dengan tumpuan utama ke atas gerai di pasar-pasar awam. Daripada 71 premis yang diperiksa, 37 peruncit telah diberikan notis bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kenaikan harga," menurut kenyataan itu.
KPDNHEP memberitahu siasatan awal yang dijalankan menunjukkan kenaikan harga ayam berkenaan berlaku dalam masa satu minggu kebelakangan ini.
"KPDNHEP Johor sedang dan akan meneruskan siasatan ke atas pemborong dan peladang yang lain jika didapati terlibat dengan kenaikan harga ayam," katanya.
Menurut kementerian itu, pihaknya menegaskan mana-mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munasabah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Di bawah peruntukan akta itu, seseorang individu boleh didenda sebanyak RM100,000 atau dipenjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua pula didenda RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM1,000,000 bagi kesalahan kali kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 17 2020
Siasatan awal KPDNHEP mendapati kenaikan harga ayam berlaku dalam masa satu minggu kebelakangan ini. - Gambar fail
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?