awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok

Pia Ernadya
Pia Ernadya
13/11/2024
12:55 MYT
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Armizan menegaskan alasan yang dinyatakan oleh Hussien itu tidak boleh diterima kerana kenaikkan harga sesuatu barangan perlu disebabkan kenaikkan kos mereka. - Gambar Bernama
SUBANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memanggil Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor esok berhubung cadangan ingin menaikkan harga makanan sebanyak lima peratus mulai tahun depan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.
"(Persatuan) ini baru buat pengumuman untuk tahun depan, maksudnya dia belum buat lagi, namun pihak KPDN kekal bertindak proaktif kerana tidak mahu ada mana-mana pihak mengambil kesempatan kerana ada yang menggunakan alasan kenaikan gaji penjawat awam,begitu juga dengan kenaikkan gaji minimum, jadi (pihak kami) risau ada pihak2 mengambil peluang menaikkan harga.
"Kita hendak mengetahui apakah sebenarnya harga item barangan atau jualan yang ingin dinaikkan dan kenapa perlu dinaikkan?" jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perkongsian Data Harga antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bersama Mydin dan Redtick di Subang pada Rabu.
Terdahulu, Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Johor, Hussien Ibrahim berkata cadangan itu berikutan peningkatan kos operasi seperti harga barang dan pelaksanaan gaji minimum mulai Februari depan.
Armizan menegaskan alasan yang dinyatakan oleh Hussien itu tidak boleh diterima kerana kenaikkan harga sesuatu barangan perlu disebabkan kenaikkan kos mereka.
"Bukanlah kerana org lain ada pendapatan lebih, kita terus naikkan harga sesuka hati begitu. Jadi saya mengharapkan supaya peniaga kita lebih bertanggungjawab," tambahnya.
Topic Berkaitan
#kpdn
#Armizan Mohd Ali
#Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor
#harga makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan