awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas
MALAYSIA
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
GADGETS
ChatGPT tambah sokongan janaan imej melalui WhatsApp
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
17/06/2025
03:25 MYT
Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual
Naim Daniel (tengah) ditemani dua peguamnya menjawab soalan wartawan di pekarangan Mahkamah Sesyen, Putrajaya, pada Selasa.
PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Selebriti itu, yang nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M. Kunasundary dalam prosiding tertutup pada Selasa.
Menurut kertas pertuduhan, Naim didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja berkenaan di sebuah hotel di Jalan Harapan, Petaling Jaya pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan.
Beliau turut memohon mahkamah mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa jua cara.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.
Hakim Kunasundary mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya dan tidak mendekati mana-mana saksi.
Kes ditetapkan untuk sebutan pada 18 Ogos.
Naim membayar jumlah jaminan tersebut.
Pelakon berusia 28 tahun itu dikenali menerusi lakonannya dalam siri TV “Projek: High Council”, “Lelaki Lingkungan Cinta” dan “I.D”. Pada tahun 2020, lagunya “Sumpah” memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-34.
Topic Berkaitan
#Naim Daniel
#kes seksual
#penyanyi Naim Daniel
#amang seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami