Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Kelantan menolak PAS pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini, kerana pemimpin parti itu banyak menipu rakyat dengan janji yang tidak ditepati sepanjang 23 tahun memerintah negeri ini.
Beliau berkata pemimpin parti itu hanya pandai melaungkan slogan tetapi pengisiannya tidak ada untuk memajukan negeri ini sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.
"Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion...(tentunya) tak boleh buat," katanya ketika berucap pada
Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, di sini hari ini.
Hadir bersama kira-kira 20,000 orang ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Najib yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, mempersoal PAS yang sering melaungkan slogan negara Islam dan Kelantan sebagai serambi Mekah, tetapi mana masjid yang dibina, sebagai antara lambang mereka menengakkan Islam di negeri ini.
Najib yang juga Pengerusi BN, memberi jaminan kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan BN akan menunaikan sepenuhnya tujuh janji yang diumumkan beliau sebelum ini bagi memajukan rakyat dan negeri ini apabila rakyat memberi mandat kepada BN pada PRU13.
Tujuh janji itu ialah membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, masjid negeri yang akan menjadi ikon negeri itu, stadium, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM), membina 3,000 unit rumah mampu milik, perkhidmatan bas rapid Kota Baharu dan menyelesaikan masalah bekalan air.
"Ambo beri jaminan menang PRU13, lebuh raya, stadium, masjid dan lain-lain lagi kita akan buat, ambo dah janji buat rumah mampu milik di Kota Baharu sudah pun dimulakan, tempat lain pun kita akan buat, di Pasir Puteh ini pun kita buat. Tujuh perkara itu hanya permulaan, banyak lagi kita akan buat," katanya.
Perdana Menteri berkata Mustapa ialah calon sesuai untuk menjadi menteri besar Kelantan berikutan rekodnya yang bersih dan jujur serta berpengalaman luas sebagai menteri kabinet dan di peringkat antarabangsa.
Beliau yakin dengan pengalaman yang luas itu, Mustapa mampu membawa banyak pelaburan bagi melaksanakan pelbagai projek besar untuk dimanfaatkan rakyat negeri ini.
Najib juga berkata kerajaan BN mempunyai wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang lebih kuat, bermaruah, dihormati dan dicontohi oleh negara Islam lain.
"Saya, Datuk Pa (Mustapa), hadir persidangan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dengan negara Islam lain, kita ada Mali, Senegal, Comoros, tetapi negara Islam ini, maaf cakap, mundur dan miskin, tetapi di peringkat OIC, Malaysia masih dihormati kerana mereka melihat di bawah kepimpinan BN makin maju dan berjaya.
"Jangan nak main slogan, main bendera bulan, orang OIC tidak hormat bendera bulan, dia hormat kalau negara Islam kuat kerana ilmu, ekonomi, perdagangan, politik mantap, berasaskan makasid syariah," katanya.
Beliau berkata PAS tidak berupaya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dan dihormati sebaliknya akan menjadi mundur.
"Macam mana nak kata ada maruah, pergi OIC, orang Arab kata masalah air di Kelantan pun tak selesai, mu nak kecek gapo (cakap apa)...," katanya yang turut membidas pemimpin PAS yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pergi ke Gaza untuk membantu umat Islam Palestin, sebagaimana beliau lakukan untuk membantu umat Islam yang terjejas di sana.
Sehubungan itu, Najib menasihati rakyat supaya membuat pilihan yang tepat pada PRU13 Ahad ini, untuk masa depan negara yang lebih cemerlang.
Bernama
Thu May 02 2013
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Situasi banjir di enam negeri beransur pulih, jumlah mangsa di PPS berkurangan
Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berkurangan berbanding malam tadi.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Kesedaran orang ramai pindah ke PPS sangat luar biasa - MERCY
Bencana banjir pada tahun ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) secara sukarela yang sangat mengagumkan.
Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 82,059 orang, 322 PPS masih beroperasi di 7 negeri
Ia penurunan sebanyak 3,663 mangsa berbanding 85,722 orang yang dilaporkan pada jam 12 tengah hari.
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.