Pembayaran yang dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak kepada dua entiti iaitu penerbitan mingguan bahasa Cina dan pentadbir laman Facebook tidak secara terus tetapi melalui orang tengah.
Bekas Setiausaha Politik bekas perdana menteri itu, Datuk Wong Nai Chee, 50, berkata tindakan berkenaan bagi mengelak cek itu disebarkan di Facebook.
Saksi yang merupakan seorang peguam berkata ia juga bagi menghalang pihak lain meraih faedah daripada cek itu untuk meningkatkan kredibiliti mereka.
Wong, saksi kelima pendakwaan berkata cek bernilai RM246,000 ditandatangani Najib, dikeluarkan kepada hartawan, Tan Sri Lim Soon Peng, yang kemudiannya membuat pembayaran balik kepada Akademi Kewartawanan dan Informasi, serta AD Network (kedua-dua entiti itu) bagi mengelak daripada disebar di Facebook.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan dalam kes itu, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari kedua perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.
Saksi itu berkata Akademi Kewartawanan dan Informasi terlibat dalam penerbitan mingguan bahasa Cina manakala AD Network merupakan pentadbir laman Facebook Ah Jib Gor.
Wong bagaimanapun menjelaskan bahawa Lim tiada kaitan dengan kedua-dua entiti tersebut.
Sri Ram: Boleh jelaskan kepada Yang Arif Hakim kenapa cek-cek itu tidak dibayar terus kepada kedua-dua entiti ini?
Wong: Ia dibayar kepada Lim untuk membayar kembali kepada kedua-dua pihak, kerana kami percayakan Lim, dia tidak akan lari dengan wang itu dan kedua-dua cek tersebut dibayar untuk perbelanjaan untuk penerbitan mingguan bahasa Cina serta mentadbir Facebook Ah Jib Gor.
Sri Ram: Kenapa membayar kembali? Apa maksudnya?
Wong: Kalau kami keluarkan cek peribadi perdana menteri, kami tidak mahu ia disebar di Facebook. Kami memilih untuk membayar seseorang yang kami percaya. Kami percayakan Lim.
Sri Ram: Kamu menyebut ‘kami’, ‘Kami’ tidak mahu cek disebar di Facebook. Siapa yang kamu maksudkan sebagai kami?
Wong: Saya sendiri dan PM (Najib).
Wong mengesahkan bahawa beliau telah menerima sekeping cek bertarikh 21 Jan, 2012, bernilai RM30,000 yang ditandatangani Najib, namun tidak boleh mengingati bila sebenarnya beliau menerima cek tersebut tetapi percaya bahawa jumlah itu dibayar kepada penganalisis politik.
Terdapat juga cek bernilai RM2,600 bertarikh 29 Mei, 2012, yang tidak dapat diingatinya.
Semasa disoal peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib sama ada beliau didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram, Wong berkata: "tidak, tidak pernah".
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Bernama
Thu Aug 29 2019
Bekas Setiausaha Politik bekas perdana menteri itu, Datuk Wong Nai Chee berkata tindakan Najib berkenaan bagi mengelak cek itu disebarkan di Facebook. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.