awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib beri jaminan pembunuh wanita dibawa ke pengadilan

Bernama
Bernama
23/04/2013
11:25 MYT
Najib beri jaminan pembunuh wanita dibawa ke pengadilan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan memastikan penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan wanita yang cuba disamun di Bukit Gasing hujung minggu lepas dihadapkan ke muka pengadilan.
"Seperti ramai yang lain, saya terkejut dengan pembunuhan kejam Irene Ong Ai Sam. Kami akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk menghadapkan penjenayah ini ke muka pengadilan," kata perdana menteri dalam mesej Twitternya hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Selangor Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan empat suspek telah ditahan berhubung kes cubaan merompak dan membunuh Ong, 52.
Suspek berusia antara 16-18 tahun itu ditahan polis di Flat Sri Medan dan Flat Bukit Gasing Indah antara pukul 1 pagi dan 3 pagi ini.
Sabtu lepas, mangsa dengan anak perempuannya didekati dua lelaki menaiki motosikal dan bersenjatakan pisau, semasa berjoging di kawasan itu.
Ong menjerit menyuruh anaknya yang berusia 17 tahun lari meminta bantuan sementara beliau cuba menghalang suspek.
Anak Ong kembali ke tempat kejadian dengan seorang lelaki tetapi ibunya sudah terbaring berlumuran darah. Ong dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.
Topic Berkaitan
#cubaan samun
#Flat Bukit Gasing
#Flat Seri Medan
#Irene Ong Ai Sam
#Pembunuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan