Skip to main content

Malaysia

Najib berlepas pulang dari Davos

81357396829_120x90.jpg
81357396829_120x90.jpg

Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang selepas menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia terdiri daripada menteri-menteri kabinet, pemimpin korporat dan pegawai sektor swasta ke acara lima hari itu.

Perdana Menteri menggunakan tema WEF tahun ini iaitu “Dinamisme Resilient” sebagai platform untuk memperlihatkan pertumbuhan dan peluang ekonomi Malaysia yang rancak.

Dalam mesyuarat dua hala bersama pemimpin politik dan peneraju industri, Perdana Menteri membina satu landasan kukuh untuk Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan, perdagangan, pendidikan dan pelancongan di Asia.

Must Watch Video

Advertisement