Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendoakan yang terbaik buat pengundi-pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Dalam posting terbarunya di Facebook, Perdana Menteri juga mendoakan yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN).
posting pm di facebook

Beliau berkata proses penamaan calon juga berjalan lancar hari ini.

"Semoga pilihan raya kecil pada 24 Julai nanti dapat disempurnakan dengan saksama. Insya-Allah," katanya.

PRK Kuala Besut, yang pertama selepas pilihan raya umum 5 Mei lepas, akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS, Endot@Azlan Yusof.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lepas.