awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib hadir perbicaraan 1MDB

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/08/2022
00:22 MYT
Najib hadir perbicaraan 1MDB
Najib ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion pagi ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.27 pagi.
Ia merupakan penampilan pertama Ahli Parlimen Pekan itu selepas dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Bekas Perdana Menteri itu menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion bermula hari ini.
Beliau dilihat dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.
Najib dilihat memasuki kamar mahkamah sekitar jam 10.40 pagi memakai sut berwarna biru gelap serta bertali leher.
Foto/Astro AWANI/Shahir Omar
Polis mengiringi kenderaan SUV yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak/Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung dengan mahkamah mendengar keterangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang akan diperiksa semula oleh pendakwaan.
Dalam perkembangan sama, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi pada jam 9.28 pagi.
Foto: AWANI/Shahir Omar
Nooryana Najwa dilihat tiba di Mahkamah Tinggi KL sekitar pukul 9.28 pagi. Foto:AWANI/Shahir Omar
Najib sekali lagi akan dibawa dari penjara ke Mahkamah Tinggi pada Jumaat bagi perbicaraan dakwaan kes pindaan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Pada Selasa lalu, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Arul Kanda Kandasamy
#1MDB
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan