awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
OIC kecam pengiktirafan Israel terhadap 'Somaliland'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib ke Singapura hari ini beri penghormatan terakhir kepada Kuan Yew

Bernama
Bernama
26/03/2015
00:03 MYT
Najib ke Singapura hari ini beri penghormatan terakhir kepada Kuan Yew
Semasa di sana, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong, bagi menyampaikan secara peribadi ucapan takziah atas kematian Lee. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan ke Singapura pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lee Kuan Yew, mantan perdana menteri negara itu di Bangunan Parlimen Singapura.
Najib diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dan beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, menurut kenyataan akhbar Wisma Putra di sini pada Rabu.
Selain daripada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong.
Semasa di sana, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong, bagi menyampaikan secara peribadi ucapan takziah atas kematian Lee, yang juga bapa Hsien Loong.
Kuan Yew, 91, terkenal sebagai pengasas Singapura moden, meninggal dunia Isnin lepas pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura, setelah dimasukkan ke situ pada 5 Feb kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Loong
#Lee Kuan Yew
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#Singapore
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan