awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib: Kerajaan ambil langkah tegas tangani kebimbangan Fitch

Bernama
Bernama
01/07/2015
10:07 MYT
Najib: Kerajaan ambil langkah tegas tangani kebimbangan Fitch
Kerajaan mengambil langkah tegas untuk menangani kebimbangan dan kekurangan seperti yang dibangkitkan oleh Fitch Ratings Agency. - Gambar Fail
Kerajaan mengambil langkah tegas untuk menangani kebimbangan termasuk lebihan akaun semasa negara yang mengecil dan nisbah kecairan luar yang berkurangan seperti yang dibangkitkan oleh Fitch Ratings Agency, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneliti kemungkinan pertambahan dalam liabiliti luar jangka kerana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Walaupun Malaysia gembira dengan penarafan kredit dan semakan menaik prospek Malaysia oleh Fitch Rating Agency, kita berazam untuk mengekalkan dasar kemampanan fiskal kita dan mempunyai asas ekonomi paling kukuh untuk mencapai cita-cita berpendapatan tinggi," kata Najib dalam satu kenyataan.
Agensi penarafan antarabangsa itu semalam mengesahkan penarafan mata wang asing jangka panjang negara pada A- dan menyemak naik unjuran ke atas penarafan kemungkiran penerbit (IDR) jangka panjang kepada stabil daripada negatif.
Najib berkata perkembangan positif ini merupakan satu pengiktirafan kukuh terhadap dasar ekonomi dan kewangan Malaysia berada pada landasan yang betul dan menunjukkan keyakinan pasaran antarabangsa dalam program transformasi negara.
"Kita tegas dalam usaha untuk mengekalkan kemampanan fiskal. Kita bertekad untuk mencapai sasaran pengurangan defisit bajet tahunan, mengurangkan defisit bajet berbanding Keluaran Dalam Negeri Kasar daripada 4.8 peratus kepada 3.2 peratus tahun ini yang akan membawa kepada bajet berimbang dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Perdana Menteri berkata Malaysia telah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan dan cukai penggunaan ini diperluas dan menstabilkan asas pendapatan kerajaan.
"Kita juga telah merasionalisasikan subsidi kita meliputi beberapa subsidi, yang paling ketara, subsidi ke atas minyak.
"Kedudukan bersih dalam pendapatan kerajaan ini akan digunakan untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan prospek ekonomi," tambah Najib.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Fitch Ratings Agency
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan