awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib lawat pemain golf negara Shaaban Hussin di HKL

Bernama
Bernama
05/04/2016
12:30 MYT
Najib lawat pemain golf negara Shaaban Hussin di HKL
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meluangkan masa menziarahi pemain golf negara, Shaaban Hussin di Hospital Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat pemain golf negara Shaaban Hussin yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit kemalangan pada Khamis lepas.
"Bantuan dan sokongan moral menerusi Malaysian Golfers' Association, Majlis Sukan Negara dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan akan diberikan kepada Shaaban dan keluarga beliau untuk melalui detik sukar ini, Insya-Allah," kata Najib menerusi catatan terbaharunya dalam laman facebook beliau hari ini.
Shaaban, 36, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31 Mac lepas.
BACA: Kaki kena potong, apa nasib pemain golf Shaaban Hussin selepas itu?
BACA: Pemain golf negara parah terlibat kemalangan
Kemalangan itu menyebabkan juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu cedera di tangan dan kaki kirinya.
Ketika kejadian, Shaaban dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Damansara ke Kelab Golf & Country Glenmarie di Shah Alam bagi menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan Darul Aman PGM di Kedah, minggu ini.
Pencapaian terbaik Shaaban pada musim ini ialah menduduki tempat kelima Kejohanan PGM CCM Rahman Putra di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.
Topic Berkaitan
#golf
#kemalangan
#Lebuhraya Guthrie
#Najib Razak
#Shaaban Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan